Mahar Asbak Rokok Naga Antik

Mahar Asbak Rokok Naga Antik. Naga Cina ialah makhluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Cina, yang sejawat dengan naga-naga Jepun, Korea, Vietnam dan Turki. Dalam seni Cina, naga biasanya digambarkan sebagai makhluk seakan-akan ular yang panjang, bersisik dan berkaki empat.
Berbeza dengan naga Eropah yang dianggap sebagai jahat, naga Cina melambangkan kekuatan dan tuah, khususnya mengawal air, hujan, dan banjir. Dalam peristilahan yin dan yang, naga adalah yang (jantan) yang melengkapi fenghuang (phoenix Cina) yang bersifat yin (betina).
Walaupun dianggap sebagai lambang negara China oleh masyarakat Barat, namun sebenarnya tidak sedemikian rupanya bagi kedua-dua Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan. Sebaliknya, naga Cina dijadikan lambang kebudayaan yang berwibawa dan bertuah.
Dalam perbualan seharian Cina, sesiapa yang cemerlang dan berkemampuan luar biasa ditarafkan dengan naga manakala yang kurang berkemampuan dan tiada pencapaian pula dibandingkan dengan makhluk-makhluk hina seperti cacing. Terdapat sebilangan besar bidalan dan simpulan bahasa Cina yang menyebut tentang naga, misalnya “Harapkan anak menjadi naga” ( 望子成龍), yang bermaksud menaruh harapan tinggi kepada anak supaya cemerlang dalam hidup.
Nilai simbolik
Dalam sejarah, naga merupakan lambang Maharaja China. Pada zaman Dinasti Zhou, naga berkuku lima diuntukkan kepada Putera Kayangan (Maharaja), naga berkuku empat untuk golongan bangsawan, dan naga berkuku tiga untuk para menteri. Pada zaman Dinasti Qing pula, naga berkuku lima mewakili Maharaja manakal naga berkuku tiga dan empat diuntukkan kepada rakyat jelata. Pada Dinasti Qing juga, terlukisnya naga pada bendera kebangsaan.
Dalam lingkungan budaya terpengaruh Eropah, naga membawa konotasi agresif seakan-akan mahu berperang, maka pernah diduga bahawa kerajaan China tidak ingin menggunakan naga sebagai lambang atas sebab-sebab itu, tetapi ramai rakyat China tidak setuju dengan keputusan ini. Cuma adakalanya, orang Barat keliru akan kecenderungan naga Cina yang mulia dengan naga Barat yang garang. Di Hong Kong, naga terangkum dalam reka bentuk lambang Brand Hong Kong yang digunakan untuk mempromosikan Hong Kong sebagai jenama antarabangsa.
Ramai orang Cina memakai istilah “Keturunan Naga” ( 龍的傳人) sebagai lambang identiti kaum, mengikut trend yang tercetus pada 1970-an apabila pelbagai bangsa Asia mencari-cari lambang haiwan masing-masing. Serigala digunakan oleh orang Mongol, dan monyet bagi orang Tibet.
Dalam kebudayaan Cina masa kini, naga Cina banyak digunakan sebagai hiasan. Pantang sekali gambar naga dicacati, misalnya: kempen iklan tempahan Nike, yang menampilkan bintang bola keranjang Amerika Syarikat, LeBron James membunuh seekor naga (di samping membelasah seorang mahaguru kung fu), diharamkan oleh kerajaan Cina setelah mendengar bangkangan kuat orang awam kerana lambang budaya negara tidak dihormati.

Asal-usul Naga Cina
Asal-usul naga Cina ini kurang pasti. Naga wujud dalam budaya Cina sejak ribuan tahun dahulu, dengan penemuan sebuah patung naga yang wujud sejak alaf kelima SM dari kebudayaan Yangshao di Henan pada tahun 1987, dan juga lencana-lencana pangkat buatan jed dalam bentuk melingkar yang digali dari kebudayaan Hongshan sekitar 4700-2900 SM.
Bentuk ular atau naga melingkar itu memainkan peranan yang penting dalam kebudayaan Cina awal. Aksara “naga” dalam tulisan Cina terawal juga berbentuk melingkar, begitu juga dengan tangkal-tangkal naga jed yang dibuat pada zaman Shang.
Masyarakat Cina purba memanggil dan merakam tulang-tulang dinosaur yang digali dari tanah sebagai tulang naga. Misalnya, Chang Qu merakam penemuan “tulang naga” di Sichuan pada 300 SM. Dinosaur dalam bahasa Cina moden dipanggil kǒnglóng ( 恐龍, bererti “naga yang dahsyat”). Sejak dahulu lagi hingga kini, penduduk desa di pedalaman negara China mengamalkan penggalian fosil “tulang naga” untuk kegunaan perubatan tradisional.
Di China ditemuinya sejenis dinosaur yang bergelar mèi lóng ( 寐龍) atau “naga tidur”. Tinggalan fosil mei long ini ditemui dalam keadaan tidur dalam bentuk melingkar, menyendeh muncungnya di bawah sebelah kaki hadapannya sambil ekornya mengelilingi seluruh tubuh.
Sesetengah pihak turut berpendapat bahawa bentuk naga Cina berasal daripada gambaran haiwan-haiwan maujud yang diolah gayanya, seperti ular, ikan atau buaya. He Xin menyokong pendapat bahawa gambaran naga purba ini adalah bagi satu spesies buaya, iaitu Crocodylus porosus atau buaya katak, iaitu reptilia maujud yang terbesar, dan pernah bertaburan di China pada zaman purba. Buaya ini terkenal kerana mampu merasai perubahan dalam tekanan udara dengan jitu, serta mengesan hujan yang akan turun. Mungkin inilah asal-usul sifat-sifat mitos yang terdapat pada naga iaitu mengawal cuaca, terutamanya hujan. Kaitan dengan buaya ini juga disokong oleh pandangan masyarakat zaman kuno bahawa buaya besar ini merupakan sejenis naga. Misalnya, dalam Kisah Zhou Chu yang menceritakan riwayat seorang pahlawan Dinasti Jin, beliau dikatakan membunuh seekor “naga” yang mengganas di perairan kampung halamannya, tetapi rupanya seekor buaya.

Call Center
Pusaka Dunia / Dunia Pusaka
BlackBerry: 2B1 88008
Phone :+6285 2939 88885
Sms : +6285 2939 88885
WhatsApp : +6285 2939 88885
Line : pusakadunia
WeChat : pusakadunia
Instagram : pusakadunia
Blog, Updated at: 19.48